Visual Jurnalku - Ekspresi Diri melalui Rupa
Visual Jurnalku - Ekspresi Diri Melalui Rupa merupakan ebook ke-2 dalam siri 'Seni sebagai Terapi Diri'. Pada ebook Siri 1 yang lalu, anda telah didedahkan dengan penggunaan garisan untuk ekspresi diri. Dalam Siri 2, ebook ini akan menerangkan pula bagaimana untuk mengekspresikan diri melalui 'RUPA' atau kata dalam Bahasa Inggeris ialah 'shape'. Ebook ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk melakukan aktiviti kreatif. Ia boleh jadikan sebagai inspirasi untuk mencetus ilham atau sebagai panduan bagaimana untuk mendalami perasaan sendiri melalui seni. Tanpa memerlukan kemahiran melukis, anda akan dibimbing bagaimana untuk berkomunikasi melalui rupa dengan menyatakan perasaan anda, terutamanya perihal hati dan perasaan. Semoga siri ebook dapat memberi manfaat kepada anda, di samping ianya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan seni bukan sahaja untuk dalam kalangan mereka yang mempunyai bakat, malah seni boleh digunakan sebagai terapi diri oleh sesiapa sahaja!
Currently No Review